Pages

May 25, 2012

DIARI TANAH SUCI II

       
Bismillah..
Episod ke-2 catatan perjalanan ke Tanah Suci.

         Menjejakkan kaki ke Makkah dan Madinah pastinya menjadi impian setiap umat Islam. Selain menjadi kewajipan yang ditetapkan ke atas kita, disinilah lahirnya kekasih Allah dan kekasih kita semua Nabi Muhammad s.a.w. Aku jua begitu. Mahu merasai nikmat berada di sana.Mahu mendekatkan diri denganNya di rumah yang diberkatiNya..Mahu melihat sendiri tempat lahir dan tempat membesar kekasihku Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat..Aku terlalu rindukan mereka.Namun impian ini masih di dalam hati ketika aku berumahtangga pada musim panas 2009..



         Selepas berumahtangga dengan Encik Suami tercinta aku kembali ke Republik Czech.Suatu hari semasa kami berbincang untuk bercuti, dia memberitahu tentang impian yang sudah lama tersimpan dihatinya.Dia mahu menunaikan umrah atau haji bersama isterinya ketika masih belajar! Aku tergamam! Aku mahu pulang bercuti di rumah!!haha=P Dia memberi pilihan kepadaku,jika aku mahu pulang ke Malaysia pada cuti musim panas 2010 kami tidak akan pulang pada 2011 atau tak perlu pulang ke Malaysia untuk cuti 2010 dan pulang pada 2011!

         Lalu aku memilih pilihan pertama memandangkan aku terlalu rindukan famili di Malaysia dan masih belum bersedia untuk tidak berjumpa mereka pada tahun tersebut..


         Tibanya musim panas 2011,dia menunaikan janjinya kepadaku. Kami berjanji untuk tidak pulang ke Malaysia pada tahun tersebut memandangkan kami akan tamat belajar pada Jun 2012 (alhamdulillah dah tamat!^_^ ) Jadi sekitar bulan Mei dia mula menghubungi ejen-ejen umrah di Eropah.Rupanya tiada ejen umrah/haji di Czech..Jadi kami memilih untuk menggunakan ejen dari Vienna,Austria memandangkan harganya sangat berpatutan dan dekat dengan tempat tinggal kami..Pakejnya sangat menarik hati!haha..Kos untuk umrah di bulan ramadhan adalah 1350 euro(RM 5300++) untuk tempoh 30 hari!!Masyaallah!! Ini memang peluang keemasan yang sukar untuk dilepaskan.Inilah website ejen tersebut kalau anda berminat: http://al-sahaba.org/

          Berurusan dengan ejen dari negara yang berlainan agak menguji sebenarnya..Kami hanya berhubung dengan ejen melalui emel..Masalah komunikasi, ejen tak balas emel kami..Juga sukar untuk memastikan yang info-info yang kami terima adalah benar tapi kami hanya mampu bertawakkal kepada Allah..InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan niat yang baik.



           Disini insyaallah aku mahu berkongsi sedikit sebanyak tentang prosedur untuk menunaikan umrah dari Republik Czech.Manalah tahu akan membawa kebaikan kepada orang-orang yang membacanya (kalau ada la =P )

         Mulanya kami menyatakan keinginan untuk menggunakan khidmat ejen tersebut untuk menunaikan umrah..Ejen memberitahu tentang harga dan perkara lain yang termasuk dalam pakej yang kami inginkan.

          Perkara pertama yang perlu kami lakukan sebelum ejen bekerja adalah membuat pembayaran 20%! Aku yang tidak pernah berhubung dengan mana-mana travel agency sebelum ini rasa agak pelik kerana kami belum mendapat apa-apa khidmat tapi perlu membayar dulu..haha..Apapun tawakkal kepada Allah..

          Selepas membayar 20% dari 3100 euro (kami perlu menambah 400 euro sebab minta bilik double) kami menghantar salinan passport untuk mereka menguruskan surat untuk membuat visa di Prague. Sementara itu kami mengambil suntikan against Meningococcus.Suntikan ini merupakan salah satu syarat untuk mendapat visa untuk menunaikan umrah(dan haji). Malangnya info berkaitan suntikan ini hanya kami perolehi melalui penyelidikan sendiri! Ini antara perkara yang aku kurang gemar memandangkan aku bukanlah orang yang rajin membuat research tentang sesuatu perkara, namun aku bernasib baik kerana Allah mengurniakan aku suami yang sukaaa sangat buat research!Alhamdulillah =D Suntikan ini perlu diambil sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum berlepas.Kosnya agak tinggi di Czech iaitu 1500kc seorang (lebih kurang RM 300 ), agak menguji iman!Kerana pada masa tersebut duit biasiswa yang kami kumpul adalah untuk membayar ejen dan tidak terfikir suntikan ini adalah menghabiskan banyak duit..hehe.


           Selepas mendapat bukti suntikan, dan selepas mendapat surat approval kami menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat visa.


              Sewaktu kami bertanya apakah dokumen yang diperlukan,dengan "selambe" ejen tu menjawab "ask the embassy" T_T it is of no help ok!! (maaf agak emosional bila mengingatkan sikap mereka terhadap pelanggan)

Dokumen yang diperlukan adalah:
1. Surat dari ejen
2. Surat bukti suntikan (anti-Meningocococcus)
3. Surat nikah yang diterjemah ke bahasa Czech (untuk kegunaan kedutaan) - wanita tak boleh masuk ke Arabu saudi untuk buat umrah tanpa mahram
4. Isi borang di https://enjazit.com.sa/
5. Gambar passport background putih

           Sewaktu mempersiapkan diri untuk menunaikan umrah ni kami berdua sedang melakukan praktikal di department obstetric & gynecology di sini.Jadi untuk pergi ke embassy kami terrrrponteng sehari praktikal kami (ponteng dengan izin =P ) 
Waktu di Embassy Arab Saudi di Prague merupakan ujian terbesar antara semua ujian-ujian yang terkait dengan proses menunaikan umrah ni..Kami sampai di kedutaan lebih kurang jam 10 pagi.Bangunan kedutaan sungguh gah,mewah, besar, moden dan sebgainya yang hebat. Tapi tersangat susah untuk masuk ke kawasan kedutaan tersebut. Pintu pagarnya tinggi dan berkunci. Kami perlu melalui pengawal, beg kami di"scan", suamiku di"scan",barang perlu ditinggalkan di luar,handphone perlu diletakkan di laci kecil di luar dan yang paling kelakar ada sahabatku yang perlu meletakkan passport di luar! ( Macam mana nak bagi passport untuk buat visa kalau letak di luar?? )


Ok alhamdulillah berjaya masuk ke kawasan yang gah tersebut. Masuk ke sana diiringi pengawal, terasa macam orang kaya pula..hahaha..Masuk ke dalam bangunan kami perlu menunggu lebih setengah jam. Tiada seorang pun yang datang melayan kami. Kesabaranku terasa makin menipis, tapi ku gagahi juga demi menjejakkan kaki ke Baitullah Al-Haram. Selepas lebih setengah jam menunggu kosong keluarlah seorang pekerja kedutaan bertanya apa yang kami perlukan. Kami pun menyerahkan dokumen yang kami bawa kepadanya. Rupa-rupanya ada 1 borang yang belum kami isi..iaitu borang di website https://enjazit.com.sa/ 

             Sudah ku katakan ejen tidak memberitahu apa jenis dokumen yang perlu kami bawa, jadi kami tidak mengetahui sama sekali tentang kewujudan borang ini! Lalu disuruhnya kami pulang ke Olomouc dengan "selambe"nya dan datang semula esok hari! Kami menerangkan kepada beliau yang Olomouc tu terlalu jauh dan sukar untuk kami datang semula esok. Kami meminta kebenaran untuk datang pada petang hari dan beliau bersetuju. Alhamdulillah. Ketika itu kami fikir untuk pergi ke rumah kawan-kawan di Prague atau mana-mana cyber-cafe terdekat untuk mengisi borang tersebut secara online. Memandangkan kedutaan Arab Saudi hanya bersebelahan dengan kedutaan Malaysia, kami mengambil keputusan untuk singgah sebentar bertanya kabar pegawai JPA Encik Firdaus, duta Tuan Zainal dan pegawai-pegawai kedutaan yang lain memandangkan sudah lama kami tidak berkunjung ke Prague. 


           Sewaktu berbual dengan Encik Firdaus secara sengaja mahupun tidak mestilah kami melepaskan geram disebabkan peristiwa yang berlaku di kedutaan Arab Saudi tadi. Ditakdirkan Allah Encik Firdaus menjadi penyelamat kami pada hari itu. Dia menawarkan kepada Encik Suami untuk menggunakan komputernya untuk mengisi borang online tersebut. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, kami menerima tawaran tersebut dengan bahagianyaaaa walaupun malu-malu. haha.Alhamdulillah. Selepas siap mengisi borang tersebut dan mencetaknya kami kembali ke kedutaan Arab Saudi bersebelahan untuk menghantar dokumen yang diperlukan. Passport kami ditinggalkan di kedutaan supaya visa dapat dicetak. Pemprosesan mengambil masa lebih kurang seminggu.Alhamdulillah dalam seminggu tersebut aku dan Encik Suami berjaya menyelesaikan exam terbesar kami di tahun ke-5 iaitu Internal Medicine. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

           Minggu berikutnya kami kembali ke kedutaan Arab Saudi untuk mengambil visa bersama passport kami. Kali ini situasinya sama sahaja dengan minggu lepas. Layanan tak best lagi. Menunggu lagi. Tapi mood dah baik sebab tau visa dah siap plus dah habis exam! ^_^ 

Selepas dapat visa barulah ejen membeli tiket untuk kami.
Alhamdulillah perjalanan kami 05.08.11-04.09.11. Flight Royal Jordanian. Jadi akan singgah Amman sekali lagi. Alhamdulillah.


inilah tiketnya!
Mekah, Madinah, here we come!!!
Okay macam dah terpanjang plak membebel kat sini..

Insyaallah catatan perjalanan kami akan disambung lagi selepas ini..^_^

p/s: ada baaaaanyak pengajaran nak share dengan pembaca sebenarnya..Sambil-sambil baca mungkin boleh figure out sendiri jugak =)




March 29, 2012

Bahagia dalam hidup...

Harta banyak tapi tidak bahagia..
Duit bergunung tapi tidak bahagia..
Kawan ramai tapi tidak bahagia..
Result bagus tapi tidak bahagia..
Wajah cantik tapi tidak bahagia..
Makanan sedap tapi tidak bahagia..
Berhibur selalu tapi tidak bahagia..

Bukankah semua itu sepatutnya menjanjikan kebahagiaan?
Mengapa bahagia itu masih belum ditemui?

Kerana..
Hakikatnya bahagia itu..
Adalah ketenangan..bila hati mengingati Tuhan..

Orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.[13:29]

Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mu'min supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana [48:4]

Bahagia yang dicari..akan ditemui tika kita kembali kepada sumber kebahagiaan itu.. ♥ ♥ ♥

Jangan pernah berputus asa..Dia takkan menolak jika kita mahu kembali kepadaNya..
Cinta teragung..
Cinta yang sentiasa menjanjikan kebahagiaan..
Biar pada pandangan mata insan kita sengsara, namun hakikatnya hati penuh dengan kebahagiaan.. ♥ ♥ ♥





Alam..Tanda-tanda dari Pencipta..Sumber ketenangan buat yang memerhati

January 31, 2012

DIARI TANAH SUCI I

Bismillah

Pengalaman terindah dalam sejarah pengembaraan!
Itu sahaja yang dapat terlintas bila ditanya apakah perasaanku dapat menjejak kaki dibumi barakah Mekah dan Madinah..

Alhamdulillah Allah memakbulkan permintaan cinta hatiku Encik Suami untuk menunaikan umrah bersama isterinya ketika sedang belajar di Czech..

Sebetulnya ketika di sana aku berazam untuk menulis sedikit sebanyak catatan untuk diriku dan sahabat-sahabat lain tapi disebabkan pelbagai kekangan impian tersebut masih belum tercapai..

Hari ini jari-jemariku laju mahu menaip cerita-cerita tersebut disebabkan kerinduan yang tidak terbendung lagi..Apatah lagi baru-baru ini aku mentadabbur ayat Allah dalam surah Ali Imran:
Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.
Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.[3:96-97]

Ini gambar pertama yang aku ambil di Masjidil Haram^_^


Kerinduan ini membuatkan aku mengambil sedikit masa dari masa yang sepatutnya aku gunakan untuk belajar(T_T) untuk mencoretkan beberapa patah perkataan disini..

Insyaallah akan ku mulakan catatan pengembaraan terindah ini pada masa lain jika berkesempatan..
Aku doakan semoga cinta dan kerinduanku pada RumahMu (Baitullah Al-Haram) ini akan mendekatkan diriku dengan Mu..Semoga saudara-saudaraku yang lain juga dapat menikmati keberkatan bumi bertuah itu..Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Ini gambar terakhir T_T

January 26, 2012

Aku hamba bertuah..

Kesedihan yang datang kepada diri
Kadangkala hampir membuahkan putus asa
Namun diri lupa
Allah sentiasa ada
Biar sedih itu tampak buruk sekali
Namun ia sangat bererti
Kerana dengannya diri kembali
Berlari menuju yang Maha Mengetahui
Biar orang lain tak nampak apa yang didalam hati
Namun semua jelas pada pandanganNya
Jangan pernah berputus asa
Rahmatnya tak pernah berhenti
Sebagaimana Dia membahagiakan kita berulangkali sebelum ini
Jadikan kesedihan ini sebagai permulaan
Untuk kembali kepada Tuhan...

Allah...
Aku hambaMu..
Terimalah kepulanganku kali ini!

January 22, 2012

NAK CANTIK DIPANDANG..

Bismillah..
Nak share satu hadis yang selalu kita dengar,mungkin sejak di sekolah lagi:

Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal perbuatan kalian[HR Muslim & Ibnu Majah]


Selalunya kita guna hadis ni untuk memujuk hati kita,takpela kita tak cantik dan tak kaya,Allah tak pandang pun semua tu..
Tapi bagaimana pula dengan part seterusnya?Adakah hati dan perbuatan kita betul-betul "cantik" untuk kita present kepada Allah?
Mungkin kita tak berapa "cantik" pada rupa dan harta,tapi adakah hati dan amalan kita juga tak berapa "cantik"?Urm..berganda-ganda pula "tak cantik" tu.T_T 
Astagfirullah...Sekurang-kurangnya biarlah hati dan amalanku cantik ya Allah..Sebab kalau dapat masuk syurga automatik rupa pun cantik juga! ^_^
Jom berusaha!Kalau cantik kat syurga kekal selama-lamanya!
 

January 12, 2012

DEMI MASA

Bismillah

Alhamdulillah sekarang tengah sibuk dengan macam-macam benda..
Sangatlah rasa dapat nikmat yang besar..
Kerja = nikmat??
Yeke?

Bagi saya kerja yang ada adalah satu nikmat sebab kalau takde keja atau terlalu lapang sangat saya akan mudah terlalai..Jadi bila ada keja kita tak sempat nak fikir untuk main-main! Yeay!!Sebab hidup ni bukan untuk main-main kan..Allah dah cakap terang dan jelas lagi tentang masa..

credit


Demi masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan orang-orang yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran..[103:1-3]

Masyaallah!Kalau kita tak termasuk salah 1 dari 4 ciri yang Allah sebut tu maksudnya kita dalam kerugian la..T_T
Dah berapa billion minit agaknya kita dalam kerugian ek?
Takpelah, apa yang dah berlalu kita ambil pengajaran dan yang penting adalah sekarang dan akan datang..
Kita kena cuba la supaya setiap masa kita terisi dengan at least salah satu dari 4 ciri-ciri orang yang beruntung ni..

1. beriman
2.beramal soleh
3.berpesan kepada kebenaran
4.berpesan kepada kesabaran

Yosh!!Jom kita berusaha! Nak jadi orang yang beruntung kan? ^_^

January 01, 2012

NEW YEAR?



sharing one of my first pictures in Czech Republic..Looking at this picture never fail to make me feel calm.hoping to have a place in Heaven where there are gardens which is never seen by any eyes..mashaallah..
 2012 already??
Leaving behind the colourful 2011; expecting one more year full of lessons and great experiences to be learned..
Hoping for a better self in upcoming days..
Passing through each and every day means I am getting closer to my last day in this beautiful world..May the last moment for me will be the best in my life..

Ya Allah! Make the best of my deeds my last deeds, and make the best of my life my last moments, and make the best day of my life, the day I meet You. 

New year's resolution?Hurm..For me it is everyday resolution..Because we don't need to wait for a new year to set a target..Mine is between more & less..
Hoping for more:
  • pray
  • smile =) =) =)
  • amal soleh
  • sadaqah (charity)
  • good intention in every action
  • work hard to be a good slave of Allah
Hoping for less:
  • lagha (bad deeds)
  • weight =P
  • unnecessary stress
  • talk =P  (my everyday resolution but never manage to achieve it)
And the only thing special for 2012 is.....I WANT TO GET MY 1st DEGREE IN JUNE!insyaallah..really hope this one will be completed by may 2012..ameen ameen ameen...


missing home very much..maybe i've been out for too long? T_T

Lastly I want to share something that stroke into my mind yesterday..I was feeling quite depressed with myself because I'm just tooooo lazy for a medical student and suddenly something give me the energy to keep going through this path of my life..Bismillah..
run run run till your last breath.
work work work don't ever give up.
smile smile smile it make things easy.
pray pray pray He's always there for you ♥ ^_^