Pages

December 31, 2011

PERJALANAN INI..

Perjalanan ini masih panjang..
Bukan panjang kerana aku tahu bila titik akhirnya
Tetapi kerana aku masih punyai waktu untuk mengumpul bekal

Masa yang berlalu tidak akan aku kesalkan
Biar ia menjadi pedoman
Untukku siapkan bekalan
Yang penting apa yang di hadapan
Kerana titik akhir itu lebih bererti
Andai aku mahu mengejar janji yang pasti
Syurga itu tetap impian dihati
Walau selalu tersasar dalam meniti hari

Allah..
Tolonglah daku
Aku mahu cintaMu
Tapi aku lemah selalu
Aku sia-siakan waktu yang berlalu
Tanpa berfikir apakah ia bersama redhaMu

Allah..
Berikan aku peluang
Agar keburukan dapat ku buang
Moga ada bagiku jalan pulang
Untuk mengadapMu dengan hati girang
Moga hari itu buatku adalah hari gemilang

Allah..
Ampunkan aku!




December 20, 2011

IKAN DI SUNGAI,ASAM DI POKOK,DALAM PERIUK BERTEMU JUA..

Bimillah..

Salam wbt..

Burpp..Opss..Sorry..Alhamdulillah (^_^)

Jeng jeng jeng...

Inilah rezeki untuk kami hari ini..=D


Nak share resipi kari ikan yang saya belajar dari mak..
Sejak reti masak kari, inilah resepi yang saya guna..Alhamdulillah the other half pun suka..
Kalau rajin anda boleh cuba ye..>_<

Saya sekalikan bahan-bahan dan caranya..

1.Tumis bawang merah + bawang putih yang dihiris nipis + halba campur + daun kari.. Ni rupa halba campur kalau anda tak penah guna lagi..Mak ajar untuk guna dalam kari ikan..Wangiiiii...
2. Serbuk kari dibancuh bersama bawang putih (2 ulas) & bawang merah (2 ulas) yang ditumbuk..Masukkan bancuhan ke dalam periuk selepas tumisan tadi dah berbau wangi..

3. Masukkan air asam jawa..Kacau kemudian biarkan sehingga bahan-bahan tadi masak dan pecah minyak..

4. Masukkan santan & garam.
Kat Czech saya guna susu segar sebab kononnya nak kurangkan kolesterol..Peace =P

Saya biasanya guna susu dengan lemak 1.5% sahaja..Alhamdulillah rasanya pun sedap..Wangi walaupun takde bau santan..

Mungkin orang yang nak cuba kurangkan kolesterol boleh cuba..
Gambar sebelah ni susu segar yang dijual di Czech Republic..Susu segar dalam bahasa Czech dipanggil "Cerstve Mleko".. =)




5. Bila dah mendidih masukkan ikan & sayur yang mahu dicampur ke dalam kari ni..
Kari ikan sedap dimasak bersama terung atau kacang buncis; dengan timun pun best jugak.Kali ni saya guna cili hijau dan tomato..
Tomato saya masukkan bila ikan dah masak..

Taraaaa...Kari ikan dah siap..Jom makan! ^_^

Alhamdulillah..Dalam menikmati rezeki yang Allah bagi ni, jangan kita lupa pada insan-insan lain yg kena struggle untuk dapat setitis air..Ada yang mati dalam usaha nak cari setitik air itu..
Ya Allah..Jadikanlah kami hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat dariMu..

Percayakah anda, makan pun dapat mendekatkan kita kepada Allah??
Yeke ek?Selalunya kita makan pastu kenyang rasa seronok kan..
Tapi..Lupakah kita dari mana datangnya makanan kita tu?
Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya. [5:88]

Dan tiada sama antara dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain masin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut supaya kamu dapat mencari karunia-Nya dan supaya kamu bersyukur[54:54]

Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan yang berasal dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan bertakwalah kepada Allah Yang kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.[5:96]
Allah kaitkan makan dan sifat TAQWA..Allah kaitkan makan dengan sifat SYUKUR..

Saudaraku,
Nilailah diri kita melalui makanan kita..Adakah ia menambah KESYUKURAN & TAQWA kita kepada Pemberi makanan tersebut?
Kalau belum, sampai bila lagi kita harus menunggu?
Sedangkan kita makan sehari sekurang-kurangnya 3 kali kan??

Tak putus-putus Dia memberi..Jarang pula kita mensyukuri...
Astagfirullah...

December 14, 2011

AKU DAN KAMU..

Bismillah..

Salam wbt..

Hari ni nak ajak anda semua untuk bertanya beberapa soalan kepada diri sendiri..Jom2...(^_^)

Siapa kita sebenarnya?
Adakah kita cukup kenal diri kita?
Pernahkah anda cuba mengenali diri sendiri?

Adakah dengan mengetahui sedikit sebanyak biodata diri membuatkan anda sudah yakin yang "inilah saya sebenarnya"? Bagaimana dengan hidup anda yang telah berlalu selama ini? Katakan umur anda sekarang 20 tahun,apakah tujuan hidup anda selama 20 tahun ni & beberapa tahun akan datang sehingga anda meninggalkan dunia ni?

Jika anda ditakdirkan meninggal esok atau lusa, adakah 20 tahun ni sudah cukup untuk dibawa sebagai bekal ketika mengadap Allah Taala di Mahsyar nanti? Minta maaf, banyak pula soalan saya =D

Ok, soalan seterusnya, pernahkan kita bertanya tentang soalan-soalan diatas kepada diri kita? Ataukah kita orang yang membiarkan hari-hari kita berlalu tanpa kita sedar yang sebenarnya kita dah membazir 20 tahun TANPA MENGETAHUI APAKAH TUJUAN SEBENAR KITA BERADA DI MUKA BUMI NI??! 

O.o

Itu kalau yang baru berumur 20 tahun..Jika anda sudah berumur 40 tahun macam mana pula?Hidup masih seperti umur 20 tahun kah?Apa perancangan anda untuk menghadapi mati yang mungkin akan datang mengetuk pintu rumah anda tak berapa lama lagi?

Alamak!!! Macam mana ni..Mungkin kita belum pernah fikir tentang hidup & mati dengan serius..Alamak kalau mati esok macam mana??Di mana destinasi terakhir kita??

Takpe-takpe..bertenang dulu..tarik nafas dalam-dalam..hembus..tarik lagi..hembus lagi..berhenti bernafas! =P hehe..

MARI KENALI DIRI KITA..
Macam mana kita nak kenal diri kita yang sebenarnya?
Siapa yang patut ceritakan kepada kita?
Mestilah Yang Mencipta kita yang paling kenal diri kita kan (^_^)

Jom tengok apa Pencipta kita cerita tentang tujuan kita diciptakan..

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku [51:56]

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."[2:30]

Owh..rupanya kita diciptakan untuk beribadah kepada Allah & menjadi khalifah di muka bumi.Rupanya sebab tu Allah hantar kita ke sini..

Dah jelas tak sekarang apa tujuan hidup anda semua?
Ye,IBADAH & KHALIFAH..


Tapi adakah hanya tahu secara teori sahaja sudah mencukupi?
Adakah ibadah itu dikira hanya dengan solat, puasa, zakat & haji sahaja?
Bagaimana pula untuk menunaikan amanah sebagai khalifah tu?

Urm..nampaknya mungkin masih belum cukup jelas lagi..Takpe explanation nanti kita sambung k..Sekarang saya kena menunaikan amanah as a student dulu..Tu pun termasuk dalam tujuan hidup jugak..Sebab study tu ibadah kan..Yeke..camna tu?Ok nanti kita cecite lagi (^_^)

Paling penting kena ingat, HIDUP KITA BUKAN HANYA DI DUNIA...

December 13, 2011

FOOTBALL & ME (^_^)

Bismillah..

Salam wbt..

Teringat saya pada perlawanan bola sepak pre-Olimpik beberapa minggu yang lepas, dimana pasukan Malaysia menentang pasukan Bahrain di Stadium Bukit Jalil. Satu perlawanan yang diharapkan menjadi kemenangan pertama buat Malaysia setakat ini..

Dalam perlawanan tersebut pasukan Malaysia mendahului dengan 2-0 hingga minit ke-80..Hurm..kalau lihat secara angkanya keputusan tersebut meletakkan Malaysia pada kedudukan yang selesa kan?Dirasakan kemenangan semakin hampir pada saat itu..Apalah sangat yang dapat dilakukan oleh pasukan Bahrain dalam 10 minit terakhir sedangkan 80 minit sebelumnya mereka tidak begitu mencabar...

Namun apa yang terjadi sangat mengejutkan semua pihak. Pasukan Bahrain berjaya membolosi gawang pada minit ke-80,84 & 85 menjadikan kedudukan 2-3 bagi Malaysia..Masyaallah!Rasanya hampir semua penonton terkejut dengan apa yang berlaku..Walaupun tinggal lebih kurang 5 minit untuk Malaysia sekurang-kurangnya mengikat kedudukan  namun pasukan Malaysia yang seolah-olah baru tersedar dari tidur tak mampu berbuat apa-apa..


Apa yang anda dapat dari perlawanan ini?

Keseronokan??
Urm..sedih & tertekan ada la kan?hehe

Kepuasan??
Apa yang menyebabkan anda rasa puas ek?

Saya rasa saya dapat gambaran tentang PENTAS KEHIDUPAN..
Seolah-olah padang bola itu dunia kita dan pemain-pemain tersebut adalah penghuni-penghuninya..

Mari letakkan diri kita pada tempat pemain Malaysia seketika..

Sepanjang 79 minit perlawanan mestilah kita sangat bersemangat dan yakin dengan diri kita kan?Yakin bahawa kita akan menang dalam permainan ni..Namun apa yang berlaku sangat mengejutkan kita..Boleh sakit jantung kot kalau tak cukup kuat..3 gol dalam masa  5 minit adalah sesuatu yang tidak kita jangkakan sama sekali!!Waktu tu mesti rasa lemah kaki kita nak lari atau sepak bola pun..Rasa macam tak sabar tunggu permainan tamat atau kita rasa nak masa laaaaagi panjang supaya kita boleh menang..Tapi peraturan tetap peraturan..Tamat je 90 minit tu tak takde apa-apa yang boleh diubah..Kita dah kalah..

Kita kalah selepas kita dah nampak kemenangan berpihak kepada kita!!!Oh...sungguh perit perasaan tu kan..Macam kita gagal dalam peperiksaan setelah kita yakin kita akan lulus..huhu..

Begitulah kehidupan..

Permulaan yang baik tidak menentukan pengakhiran yang baik..
Saya rasa ni adalah contoh yang sangat dekat dengan saya..Tersentak dengan peristiwa ini..Bukan sebab terlalu fanatik,tapi sebab pengajaran yang sangat besarrrr utk diambil..

Kalau kita sekarang tengah rasa tenang & senang dengan kehidupan kita,jangan kita terlalu yakin yang pengakhiran yang tenang & senang juga akan menjadi milik kita..We have to go out from our comfort zone..HAVE TO!! 
Sebab kita dah dilahirkan dalam islam,kita rasa insyaallah kita dah selamat dan akan masuk syurga..
Betul tak??

Kita selalu rasa bersyukur sebab lahir dalam Islam kan..Tak perlu bersusah payah nak cari hidayah Allah macam orang yang bukan lahir dari keluarga Islam..So kita pun kena la maintain keislaman kita sampai mati..Tak perlu usaha lebih-lebih seperti "saudara baru" kita yang baru memeluk islam kan..Betul tak inilah congakan kita untuk hidup ni?

Urm..mungkin tak sesenang itu..Jom kita tengok 1 hadis ni, tentang orang yang hampir masuk syurga tapi akhirnya dimasukkan ke dalam neraka!
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya manusia yang mula-mula diadili pada hari khiamat kelak ada tiga golongan:

Pertama

Orang yang terbunuh dalam pertempuran, lalu dia dihadapkan kepada Allah. Kemudian Allah memperlihatkan kenikmatan kepada orang itu dan orang itu pun melihatnya. Lalu Allah bertanya kepada orang itu: "Apa amalanmu untuk memperoleh kenikmatan itu?"
Dia menjawab: "Aku berperang membela agama-Mu sehingga aku mati syahid." Allah berkata: "Engkau berbohong, akan tetapi engkau berperang hanya supaya dikatakan orang pemberani." Kemudian hukuman pun diputuskan untuk orang itu, lalu mukanya ditarik hingga dilempar ke neraka.

Kedua

Orang itu mempelajari ilmu lalu dia ajarkan kepada orang lain dan dia juga membaca al-Qur'an. Kemudian Allah memperlihatkan kenikmatan kepada orang itu dan orang itu pun melihatnya. Lalu Allah bertanya kepada orang itu: "Apa amalanmu untuk memperoleh kenikmatan itu?"
Orang itu menjawab: "Aku mempelajari ilmu dan aku mengajarkannya kepada orang lain dan aku juga mebaca al-Qur'an kerana Engkau." Allah berkata: "Engkau berbohong, akan tetapi engkau mempelajarinya supaya dikatakan orang sebagai alim, dan engkau membaca al-Qur'an hanya supaya dikatakan orang lain sebagai Qari'". Kemudian hukuman pun diputuskan untuk orang itu, lalu mukanya ditarik hingga dilempar ke neraka.

Ketiga

Orang yang diberi harta kekayaan yang banyak. Kemudian Allah memperlihatkan kenikmatan kepada orang itu dan orang itu pun melihatnya. Lalu Allah bertanya kepada orang itu: "Apa amalanmu untuk memperoleh kenikmatan itu?"
Orang itu menjawab: "Tidak ada kebaikan yang Engkau perintahkan untuk diberi dana melainkan aku ikut mendanainya kerana Engkau." Allah berkata: "Engkau berbohong, akan tetapi engkau melakukan itu semua hanya supaya dikatakan orang sebagai orang dermawan." Kemudian hukuman pun diputuskan untuk orang itu, lalu mukanya ditarik hingga dilempar ke neraka.[HR Muslim]

Masyaallah!!Orang yang kita nampak sebagai "SEORANG ISLAM YANG HEBAT" pun boleh dilemparkan ke dalam api neraka,apatah lagi kita yang tak berusaha langsung untuk mendekatkan diri kepada Allah..

Mungkin dah sampai masanya untuk kita semua memikirkan kembali tentang tujuan & hala tuju hidup kita di dunia ni..Kalau setakat nama je kita ni Islam,tapi hampir seluruh aspek kehidupan kita tak mencerminkan keislaman kita,adakah kita layak untuk memasuk syurgaNya??

TEPUK DADA TANYALAH IMAN SENDIRI..
Mari kita berusaha untuk kembali ke Islam yang sebenar.Islam yang bukan hanya pada nama atau MyKad.Jangan kita terlalu selesa dengan kehidupan sekarang sehingga tak bersedia jika ada apa-apa yang berlaku di saat akhir hidup kita.Bawalah bekal iman & taqwa,sekurang-kurangnya bila ditimpa ujian iman & taqwalah benteng kita.



p/s: sebelum tepuk kenalah ada iman dulu..iman tak sama dengan islam..kita mungkin muslim tapi belum tentu kita ni seorang mukmin(orang yang beriman)--> lain kali kita cerita lagi ye (^_^)

December 07, 2011

CITA-CITAKU ^_^

Bismillah

Salam wbt..

Adakah anda sudah berusaha mengejar cita-cita anda hari ini? (^_^)

Biasanya bila dah besar ni orang dah tak tanya tentang cita-cita kita kan..Kenapa ye?Mungkin sebab kebanyakan orang dah mencapai apa yang dicita-citakan..Urm..adakah hidup kita setakat itu sahaja? Adakah bila dah menjadi seorang doktor atau guru kita dah tak perlu berangan untuk sesuatu yang lebih baik?




Disebabkan kita dah didoktrinkan sejak kecil lagi yang cita-cita tu merujuk kepada pekerjaan,kita selalu terlupa yang hidup kita bukan hanya berlegar-legar di sekitar pekerjaan tersebut sahaja..Mungkin kita kena tengok dunia ni dengan teropong yang  lebih besar..sebab hidup kita bukan hanya di dunia je kan..

Agaknya berapa orang di antara kita akan cakap yang cita-citanya adalah UNTUK MASUK SYURGA?
Hebatnya mereka! Beruntunglah orang-orang yang nampak jelas tujuan hidupnya..Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mecapai syurga seperti mana kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang doktor atau guru..

Jadi adakah salah untuk kita bercita-cita menjadi hebat di dunia ni?
Mestilah tak salah!Tapi lebih beruntung kalau kita nak jadi hebat di dunia & akhirat!

Barangsiapa yang menghendaki pahala di dunia saja (maka ia merugi), karena di sisi Allah ada pahala dunia dan akhirat. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. [4:134] 

Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. [42:20]

Jadi kita buatlah pilihan..Kalau nak untung kat dunia sahaja Allah janji akan bagi..Tapi takde bahagian di akhirat nanti..urm..kalau anda masih ingat formula yang kita guna di entri Asam garam hidup kita tau yang kita tak ada pilihan selain bersusah payah di dunia ni..Jadi orang yang memilih dunia sahaja kena bersusah payah sekarang dan mungkin akan berterusan di akhirat nanti..

Untuk orang yang mengharapkan keuntungan di akhirat Allah bagi bonus sekali dengan keuntungan di dunia..Best kan? Macam 2 in 1 pulak..Di dunia memang kena bersusah tapi insyaallah akan bersenang di akhirat kelak ^_^

Jalan yang panjang,terokai dengan kekuatan iman- HRAD SKALY,CZECH


Jom kita luaskan skop hidup kita..Biarlah kita pandang hidup di dunia ni berterusan sampai akhirat..Biarlah kita menjadi orang yang berkata : "CITA-CITAKU ADALAH UNTUK MASUK SYURGA!"

Mari amalkan doa yang Allah ajar ni :

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka[2:201]

Semoga kita mendapat kebaikan di dunia & akhirat.=)

 

December 05, 2011

Autumn in my heart

Bismillah..
Salam wbt..

Di tempat saya sekarang dan masuk musim sejuk..Hari ni hari pertama snow untuk tahun ni!Alhamdulillah..Rahmat Allah turun dalam bentuk butir-butir salji dari langit yang indah ^_^

 Kat sini saya nak share beberapa gambar koleksi autumn (musim luruh) untuk tahun ni..Suhu musim luruh selalunya lebih kurang 5-15 darjah celcius..Memang kena pakai coat jugak la sebab dah sejuk..Jom cuci mata tengok gambar kat sini =)











Pernah tak kita terfikir tentang daun-daun yang luruh ni?Waktu kecil dulu saya selalu fikir adakah Allah tau bilangan daun yang berguguran ni..hehe..waktu tak matang lagi..rupanya soalan saya tu Allah dah jawab dalam quran:

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji-pun dalam kegelapan bumi, dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz) [6:59]

MasyaAllah!!Hebat kan Allah!!Sekecil-kecil benda pun Allah tau..Kita yang lemah ni rasa macam daun-daun yang gugur tu dah infinity(tak terkira) dah..=_='

Alangkah seronoknya kalau dosa-dosa kita berguguran seperti mana gugurnya daun-daun tersebut..Jom kita tadabbur alam nak tak?tadabbur alam tu maksudnya kita bukan sekadar tengok je alam ni,tapi menghayati dan mengkaji apa yang kita lihat.Dengan memerhati alam ni pun sebenarnya dapat meningkatkan iman kita..Tak percaya?Jom tengok apa Allah bagitau kita:

Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran).[16:65]

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang diangkasa bebas. Tidak ada yang menahannya selain daripada Allah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang beriman[16:79]. 

Nah! 2 contoh yang sangat dekatttt dengan kita kan??
HUJAN & BURUNG..sesuatu yang kita temui hampir setiap hari(kecuali musim kemarau la tak ada hujan sangat=D )

Sebenarnya setiap apa yang Allah jadikan tu ada tanda-tanda kebesaran Allah yang Allah nak ajar kat kita..Macam mana kita nak tau?Kenala mula baca Quran & mentadabbur ayat-ayat Allah..Maksudnya kita bukan setakat baca yang dalam bahasa arab sahaja tapi baca juga maksudnya dan cuba untuk praktikkan dalam kehidupan kita..

Kalau belum mula jangan rasa frust dengan diri sendiri..Tak pernah ada istilah terlambat untuk seorang hamba untuk kembali kepada Tuhannya..Cuba sedikit demi sedikit lama-lama insyaallah jadi bukit ;)

Mari berusaha! Kerana hidup bukan hanya di dunia..

December 04, 2011

Asam garam hidup

 Hidup ini tak pernah bebas dari sebarang kesusahan..Kadangkala bila saat kesusahan itu datang terasa berat sekali untuk diri memikulnya..Terasa seolah-olah dunia menghimpit kita..Tapi ada sesuatu yang kita kena ingat,sesungguhnya dunia ini memang dipenuhi dengan kesusahan..yeke?kenapa cakap macam tu?sebab...
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya) [90:4]
Allah sendiri yang beritahu bahawa kita hambaNya akan sentiasa berada dalam kesusahan..siapa lagi yang lebih mengenali kita selain Pencipta kita sendiri? 
Maksudnya selagi kita hidup,kita pergi ke mana-mana pun tetap akan menemui kesusahan..ish berat benar bunyinya kan..
      clipartoday.com
Jom kita tengok contoh dalam kehidupan kita..Waktu dilahirkan pun dah mula bersusah..bukan senang nak keluar dari rahim ibu..Kemudian susah lagi nak beritahu ibu yang kita lapar..Kena menangis je sebab tak tahun cara lain..Susah payah lagi untuk mula meniarap atau berjalan..
Adakah bila dah besar jadi senang?Tak juga kan..Di sekolah kena bersusah payah belajar untuk dapat keputusan yang cemerlang..Bila dah cemerlang pun susah juga..Kena sambung belajar..Pelajarannya lebih susah..Lepas tu nak kerja pun susah juga..Contohnya macam saya insyaallah akan kerja doktor..Susah payah nak berinteraksi dengan pesakit,nak cari sebab penyakit dan nak ubati pesakit..Cikgu pun susah nak buat persediaan mengajar,nak bagi murid-murid faham, nak tanda kertas peperiksaan..
Semuanya menyusahkan! Adakah kita boleh lari dari semua ni?Ke mana kita nak lari??
Kesimpulannya tak perlu lari la..Bukankah Allah yang meyatakan kita akan sentiasa susah kat dunia ni..Tapi cuba kita pandang jauhhhhhh sikit..
Lepas mati nanti akan ada perhitungan terhadap semua amalan kita kat dunia ni..Waktu tu hanya ada 2 pilihan untuk kita, iaitu SYURGA atau NERAKA..Kalau kita berjaya mendapatkan syurga maka bolehla kita bersenang-lenang kat akhirat nanti..Kalau mendapat neraka..errr...berterusanlah kesusahan kita kat dunia ni dengan kesusahan merasai azab api neraka pula..na'uzubillahi min zalik (kami memohon perlindungan Allah dari perkara tersebut)
Jadi formulanya senang sahaja..
Kat dunia semua orang akan susah.Kat akhirat orang yang dapat syurga akan senang & orang yang dapat neraka terus susah..
Apa yang patut kita buat untuk keluarkan diri dari kesusahan ni??urm...
Ada pilihan lain ke? Selain berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat redha Allah & mengharapkan rahmatNya untuk kita masuk ke syurga..fullstop!

December 03, 2011

Langkah Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu alaikum wbt..

Dengan kalimah mulia aku mulakan langkah pertama..
Semoga keputusan ini membawa kebaikan kepada diri dan orang lain...

Kenapa sekarang saatnya untuk mula menulis?
Setelah lama berusaha mengumpul kekuatan, kurasakan masanya telah tiba untuk berkongsi buah fikiran dengan orang lain..Semoga ini yang terbaik buatku..



Kata-kata seorang adik ni dah membantu aku untuk berusaha keluar dari kotak paranoidku (ketakutan yang melampau)..Maaf sebab mungkin post-post seterusnya akan ada istilah-istilah perubatan sebab aku seorang pelajar perubatan (^_^) tapi insyaallah akan diterangkan maksudnya..

If you don't go after what you want, you'll never get it. If you dont ask, the answer is always no. If you never step forward, you're always in the same place.. -->I'm on my way to go get what I want..insyaallah..

p/s: Post ini ditulis dengan penuh tachycardia (degupan jantung yang lebih laju dari normal)..