Pages

December 31, 2011

PERJALANAN INI..

Perjalanan ini masih panjang..
Bukan panjang kerana aku tahu bila titik akhirnya
Tetapi kerana aku masih punyai waktu untuk mengumpul bekal

Masa yang berlalu tidak akan aku kesalkan
Biar ia menjadi pedoman
Untukku siapkan bekalan
Yang penting apa yang di hadapan
Kerana titik akhir itu lebih bererti
Andai aku mahu mengejar janji yang pasti
Syurga itu tetap impian dihati
Walau selalu tersasar dalam meniti hari

Allah..
Tolonglah daku
Aku mahu cintaMu
Tapi aku lemah selalu
Aku sia-siakan waktu yang berlalu
Tanpa berfikir apakah ia bersama redhaMu

Allah..
Berikan aku peluang
Agar keburukan dapat ku buang
Moga ada bagiku jalan pulang
Untuk mengadapMu dengan hati girang
Moga hari itu buatku adalah hari gemilang

Allah..
Ampunkan aku!




No comments:

Post a Comment