Pages

December 04, 2011

Asam garam hidup

 Hidup ini tak pernah bebas dari sebarang kesusahan..Kadangkala bila saat kesusahan itu datang terasa berat sekali untuk diri memikulnya..Terasa seolah-olah dunia menghimpit kita..Tapi ada sesuatu yang kita kena ingat,sesungguhnya dunia ini memang dipenuhi dengan kesusahan..yeke?kenapa cakap macam tu?sebab...
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya) [90:4]
Allah sendiri yang beritahu bahawa kita hambaNya akan sentiasa berada dalam kesusahan..siapa lagi yang lebih mengenali kita selain Pencipta kita sendiri? 
Maksudnya selagi kita hidup,kita pergi ke mana-mana pun tetap akan menemui kesusahan..ish berat benar bunyinya kan..
      clipartoday.com
Jom kita tengok contoh dalam kehidupan kita..Waktu dilahirkan pun dah mula bersusah..bukan senang nak keluar dari rahim ibu..Kemudian susah lagi nak beritahu ibu yang kita lapar..Kena menangis je sebab tak tahun cara lain..Susah payah lagi untuk mula meniarap atau berjalan..
Adakah bila dah besar jadi senang?Tak juga kan..Di sekolah kena bersusah payah belajar untuk dapat keputusan yang cemerlang..Bila dah cemerlang pun susah juga..Kena sambung belajar..Pelajarannya lebih susah..Lepas tu nak kerja pun susah juga..Contohnya macam saya insyaallah akan kerja doktor..Susah payah nak berinteraksi dengan pesakit,nak cari sebab penyakit dan nak ubati pesakit..Cikgu pun susah nak buat persediaan mengajar,nak bagi murid-murid faham, nak tanda kertas peperiksaan..
Semuanya menyusahkan! Adakah kita boleh lari dari semua ni?Ke mana kita nak lari??
Kesimpulannya tak perlu lari la..Bukankah Allah yang meyatakan kita akan sentiasa susah kat dunia ni..Tapi cuba kita pandang jauhhhhhh sikit..
Lepas mati nanti akan ada perhitungan terhadap semua amalan kita kat dunia ni..Waktu tu hanya ada 2 pilihan untuk kita, iaitu SYURGA atau NERAKA..Kalau kita berjaya mendapatkan syurga maka bolehla kita bersenang-lenang kat akhirat nanti..Kalau mendapat neraka..errr...berterusanlah kesusahan kita kat dunia ni dengan kesusahan merasai azab api neraka pula..na'uzubillahi min zalik (kami memohon perlindungan Allah dari perkara tersebut)
Jadi formulanya senang sahaja..
Kat dunia semua orang akan susah.Kat akhirat orang yang dapat syurga akan senang & orang yang dapat neraka terus susah..
Apa yang patut kita buat untuk keluarkan diri dari kesusahan ni??urm...
Ada pilihan lain ke? Selain berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat redha Allah & mengharapkan rahmatNya untuk kita masuk ke syurga..fullstop!

No comments:

Post a Comment