Pages

December 13, 2011

FOOTBALL & ME (^_^)

Bismillah..

Salam wbt..

Teringat saya pada perlawanan bola sepak pre-Olimpik beberapa minggu yang lepas, dimana pasukan Malaysia menentang pasukan Bahrain di Stadium Bukit Jalil. Satu perlawanan yang diharapkan menjadi kemenangan pertama buat Malaysia setakat ini..

Dalam perlawanan tersebut pasukan Malaysia mendahului dengan 2-0 hingga minit ke-80..Hurm..kalau lihat secara angkanya keputusan tersebut meletakkan Malaysia pada kedudukan yang selesa kan?Dirasakan kemenangan semakin hampir pada saat itu..Apalah sangat yang dapat dilakukan oleh pasukan Bahrain dalam 10 minit terakhir sedangkan 80 minit sebelumnya mereka tidak begitu mencabar...

Namun apa yang terjadi sangat mengejutkan semua pihak. Pasukan Bahrain berjaya membolosi gawang pada minit ke-80,84 & 85 menjadikan kedudukan 2-3 bagi Malaysia..Masyaallah!Rasanya hampir semua penonton terkejut dengan apa yang berlaku..Walaupun tinggal lebih kurang 5 minit untuk Malaysia sekurang-kurangnya mengikat kedudukan  namun pasukan Malaysia yang seolah-olah baru tersedar dari tidur tak mampu berbuat apa-apa..


Apa yang anda dapat dari perlawanan ini?

Keseronokan??
Urm..sedih & tertekan ada la kan?hehe

Kepuasan??
Apa yang menyebabkan anda rasa puas ek?

Saya rasa saya dapat gambaran tentang PENTAS KEHIDUPAN..
Seolah-olah padang bola itu dunia kita dan pemain-pemain tersebut adalah penghuni-penghuninya..

Mari letakkan diri kita pada tempat pemain Malaysia seketika..

Sepanjang 79 minit perlawanan mestilah kita sangat bersemangat dan yakin dengan diri kita kan?Yakin bahawa kita akan menang dalam permainan ni..Namun apa yang berlaku sangat mengejutkan kita..Boleh sakit jantung kot kalau tak cukup kuat..3 gol dalam masa  5 minit adalah sesuatu yang tidak kita jangkakan sama sekali!!Waktu tu mesti rasa lemah kaki kita nak lari atau sepak bola pun..Rasa macam tak sabar tunggu permainan tamat atau kita rasa nak masa laaaaagi panjang supaya kita boleh menang..Tapi peraturan tetap peraturan..Tamat je 90 minit tu tak takde apa-apa yang boleh diubah..Kita dah kalah..

Kita kalah selepas kita dah nampak kemenangan berpihak kepada kita!!!Oh...sungguh perit perasaan tu kan..Macam kita gagal dalam peperiksaan setelah kita yakin kita akan lulus..huhu..

Begitulah kehidupan..

Permulaan yang baik tidak menentukan pengakhiran yang baik..
Saya rasa ni adalah contoh yang sangat dekat dengan saya..Tersentak dengan peristiwa ini..Bukan sebab terlalu fanatik,tapi sebab pengajaran yang sangat besarrrr utk diambil..

Kalau kita sekarang tengah rasa tenang & senang dengan kehidupan kita,jangan kita terlalu yakin yang pengakhiran yang tenang & senang juga akan menjadi milik kita..We have to go out from our comfort zone..HAVE TO!! 
Sebab kita dah dilahirkan dalam islam,kita rasa insyaallah kita dah selamat dan akan masuk syurga..
Betul tak??

Kita selalu rasa bersyukur sebab lahir dalam Islam kan..Tak perlu bersusah payah nak cari hidayah Allah macam orang yang bukan lahir dari keluarga Islam..So kita pun kena la maintain keislaman kita sampai mati..Tak perlu usaha lebih-lebih seperti "saudara baru" kita yang baru memeluk islam kan..Betul tak inilah congakan kita untuk hidup ni?

Urm..mungkin tak sesenang itu..Jom kita tengok 1 hadis ni, tentang orang yang hampir masuk syurga tapi akhirnya dimasukkan ke dalam neraka!
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesungguhnya manusia yang mula-mula diadili pada hari khiamat kelak ada tiga golongan:

Pertama

Orang yang terbunuh dalam pertempuran, lalu dia dihadapkan kepada Allah. Kemudian Allah memperlihatkan kenikmatan kepada orang itu dan orang itu pun melihatnya. Lalu Allah bertanya kepada orang itu: "Apa amalanmu untuk memperoleh kenikmatan itu?"
Dia menjawab: "Aku berperang membela agama-Mu sehingga aku mati syahid." Allah berkata: "Engkau berbohong, akan tetapi engkau berperang hanya supaya dikatakan orang pemberani." Kemudian hukuman pun diputuskan untuk orang itu, lalu mukanya ditarik hingga dilempar ke neraka.

Kedua

Orang itu mempelajari ilmu lalu dia ajarkan kepada orang lain dan dia juga membaca al-Qur'an. Kemudian Allah memperlihatkan kenikmatan kepada orang itu dan orang itu pun melihatnya. Lalu Allah bertanya kepada orang itu: "Apa amalanmu untuk memperoleh kenikmatan itu?"
Orang itu menjawab: "Aku mempelajari ilmu dan aku mengajarkannya kepada orang lain dan aku juga mebaca al-Qur'an kerana Engkau." Allah berkata: "Engkau berbohong, akan tetapi engkau mempelajarinya supaya dikatakan orang sebagai alim, dan engkau membaca al-Qur'an hanya supaya dikatakan orang lain sebagai Qari'". Kemudian hukuman pun diputuskan untuk orang itu, lalu mukanya ditarik hingga dilempar ke neraka.

Ketiga

Orang yang diberi harta kekayaan yang banyak. Kemudian Allah memperlihatkan kenikmatan kepada orang itu dan orang itu pun melihatnya. Lalu Allah bertanya kepada orang itu: "Apa amalanmu untuk memperoleh kenikmatan itu?"
Orang itu menjawab: "Tidak ada kebaikan yang Engkau perintahkan untuk diberi dana melainkan aku ikut mendanainya kerana Engkau." Allah berkata: "Engkau berbohong, akan tetapi engkau melakukan itu semua hanya supaya dikatakan orang sebagai orang dermawan." Kemudian hukuman pun diputuskan untuk orang itu, lalu mukanya ditarik hingga dilempar ke neraka.[HR Muslim]

Masyaallah!!Orang yang kita nampak sebagai "SEORANG ISLAM YANG HEBAT" pun boleh dilemparkan ke dalam api neraka,apatah lagi kita yang tak berusaha langsung untuk mendekatkan diri kepada Allah..

Mungkin dah sampai masanya untuk kita semua memikirkan kembali tentang tujuan & hala tuju hidup kita di dunia ni..Kalau setakat nama je kita ni Islam,tapi hampir seluruh aspek kehidupan kita tak mencerminkan keislaman kita,adakah kita layak untuk memasuk syurgaNya??

TEPUK DADA TANYALAH IMAN SENDIRI..
Mari kita berusaha untuk kembali ke Islam yang sebenar.Islam yang bukan hanya pada nama atau MyKad.Jangan kita terlalu selesa dengan kehidupan sekarang sehingga tak bersedia jika ada apa-apa yang berlaku di saat akhir hidup kita.Bawalah bekal iman & taqwa,sekurang-kurangnya bila ditimpa ujian iman & taqwalah benteng kita.



p/s: sebelum tepuk kenalah ada iman dulu..iman tak sama dengan islam..kita mungkin muslim tapi belum tentu kita ni seorang mukmin(orang yang beriman)--> lain kali kita cerita lagi ye (^_^)

No comments:

Post a Comment