Pages

December 20, 2011

IKAN DI SUNGAI,ASAM DI POKOK,DALAM PERIUK BERTEMU JUA..

Bimillah..

Salam wbt..

Burpp..Opss..Sorry..Alhamdulillah (^_^)

Jeng jeng jeng...

Inilah rezeki untuk kami hari ini..=D


Nak share resipi kari ikan yang saya belajar dari mak..
Sejak reti masak kari, inilah resepi yang saya guna..Alhamdulillah the other half pun suka..
Kalau rajin anda boleh cuba ye..>_<

Saya sekalikan bahan-bahan dan caranya..

1.Tumis bawang merah + bawang putih yang dihiris nipis + halba campur + daun kari.. Ni rupa halba campur kalau anda tak penah guna lagi..Mak ajar untuk guna dalam kari ikan..Wangiiiii...
2. Serbuk kari dibancuh bersama bawang putih (2 ulas) & bawang merah (2 ulas) yang ditumbuk..Masukkan bancuhan ke dalam periuk selepas tumisan tadi dah berbau wangi..

3. Masukkan air asam jawa..Kacau kemudian biarkan sehingga bahan-bahan tadi masak dan pecah minyak..

4. Masukkan santan & garam.
Kat Czech saya guna susu segar sebab kononnya nak kurangkan kolesterol..Peace =P

Saya biasanya guna susu dengan lemak 1.5% sahaja..Alhamdulillah rasanya pun sedap..Wangi walaupun takde bau santan..

Mungkin orang yang nak cuba kurangkan kolesterol boleh cuba..
Gambar sebelah ni susu segar yang dijual di Czech Republic..Susu segar dalam bahasa Czech dipanggil "Cerstve Mleko".. =)




5. Bila dah mendidih masukkan ikan & sayur yang mahu dicampur ke dalam kari ni..
Kari ikan sedap dimasak bersama terung atau kacang buncis; dengan timun pun best jugak.Kali ni saya guna cili hijau dan tomato..
Tomato saya masukkan bila ikan dah masak..

Taraaaa...Kari ikan dah siap..Jom makan! ^_^

Alhamdulillah..Dalam menikmati rezeki yang Allah bagi ni, jangan kita lupa pada insan-insan lain yg kena struggle untuk dapat setitis air..Ada yang mati dalam usaha nak cari setitik air itu..
Ya Allah..Jadikanlah kami hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat dariMu..

Percayakah anda, makan pun dapat mendekatkan kita kepada Allah??
Yeke ek?Selalunya kita makan pastu kenyang rasa seronok kan..
Tapi..Lupakah kita dari mana datangnya makanan kita tu?
Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya. [5:88]

Dan tiada sama antara dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain masin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut supaya kamu dapat mencari karunia-Nya dan supaya kamu bersyukur[54:54]

Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan yang berasal dari laut sebagai makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan; dan diharamkan atasmu (menangkap) binatang buruan darat, selama kamu dalam ihram. Dan bertakwalah kepada Allah Yang kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan.[5:96]
Allah kaitkan makan dan sifat TAQWA..Allah kaitkan makan dengan sifat SYUKUR..

Saudaraku,
Nilailah diri kita melalui makanan kita..Adakah ia menambah KESYUKURAN & TAQWA kita kepada Pemberi makanan tersebut?
Kalau belum, sampai bila lagi kita harus menunggu?
Sedangkan kita makan sehari sekurang-kurangnya 3 kali kan??

Tak putus-putus Dia memberi..Jarang pula kita mensyukuri...
Astagfirullah...

No comments:

Post a Comment